Wednesday 20 June 2012

Register Alumni

Salam Sejahtera kepada semua Alumni SK Segambut..

Sebagai makluman kepada tuan-tuan dan puan-puan semua setakat ini bilangan Alumni yang mendaftar dengan Blog SK Segambut adalah 39 orang. Terima Kasih diatas kerjasama yang tuan-tuan dan puan-puan berikan.

Kepada Alumni yang belum mendaftar ingin saya menyatakan disini bahawa pendaftaran Alumni ini adalah untuk memudahkan kita berhubung dan bekerjasama antara satu sama lain dan mewujudkan komuniti yang prihatin, selain itu juga buat masa ini kita membuat persediaan sambutan ulangtahun ke 100 tahun sekolah yang dicintai, sedikit sebanyak akan mengembalikan nostalgia semasa anda semua bersekolah disini suatu ketika dahulu.

Pendaftaran ini juga adalah terbuka kepada semua bekas pelajar SK Segambut tidak kiralah berapa umur tuan-tuan dan puan-puan dan tidak kiralah sama ada anda berada di sekolah menengah atau sudah pencen. Semua adalah dialu-alukan mendaftar sebagai Alumni SK Segambut.

Diatas kerjasama yang tuan-tuan dan puan-puan berikan adalah amat kami hargai dan didahului dengan jutaan Terima Kasih.

Sila buat Pendaftaran anda sekarang dengan hanya klik disini -> Pendaftaran Alumni


Saturday 16 June 2012

Mesyuarat AJK PIBG SK Segambut


Kepada,

Semua AJK PIBG SK Segambut

Tuan/puan,

MESYUARAT AJK PIBG KALI  PERTAMA SESI 2012/2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat PIBG kali pertama sesi 2012/2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                        : 18 Jun 2012 ( Isnin )
Masa                          : 5.00 Petang
Tempat                      : Bilik Gerakan

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
            3.1 Ucapan YDP
            3.2 Ucapan Penasihat
            3.3 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu
            3.4 Pekara Berbangkit
            3.5 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
            3.6 Hal-hal lain

4.         Oleh itu, kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,

Setiausaha,
PIBG SK Segambut, KL.

Kejayaan Bekas Pelajar


3 Pelajar MRSM Terendak berjaya memenangi Pingat Emas dalam Pameran 2012 International Youth Invention Exhibition di Taiwan Pada Bulan Febuari 2012 dan Mereka juga berjaya memenangi satu lagi Pingat Emas pada bulan April di Pameran yang berlainan dengan ciptaan mereka yang menjadi kan air garam atau air laut sebagai sumber tenaga alternatif. Mereka bertiga telah mengharumkan nama negara dan apa yang membanggakan kita warga Segambut adalah kerana salah seorang daripada mereka bertiga adalah bekas pelajar SK Segambut iaitu Adik Mohammad Nazmi ( Gambar yang di highlight dengan petak putih )
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga.



Link ada pada Hall Of Fame Alumni SK Segambut --> Hall Of Fame

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes