Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti

Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat Bercuti kepada semua warga SK Segambut, Guru-guru, Staf-staf, murid-murid, PIBG, komuniti Segambut, Alumni dan semua rakan-rakan seperjuangan. Semoga Hari Raya ini membawa keberkatan kepada kita semua.


Kepada yang suka main mercun.. 
TOLONG SELAMATKAN DIRI ANDA daripada kecelakaan MAIN MERCUN.. 
JANGAN MAIN MERCUN!!..


Kepada yang balik Kampung pada Hari Raya ini..
Sila berhati-hati dijalan raya kerana kita mampu mengubahnya dan ingatlah orang tersayang..




Wednesday 8 August 2012

Mesyuarat AJK PIBG SK Segambut


MESYUARAT AJK PIBG KALI  KE-2 SESI 2011/2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat PIBG kali kedua sesi 2011/2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                        : 11 Ogos 2012 ( Sabtu )
Masa                          : 10.00 Pagi
Tempat                      : Bilik Gerakan

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
            3.1 Ucapan YDP
            3.2 Ucapan Penasihat
            3.3 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu
            3.4 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.5 Laporan Kewangan
            3.6 Pekara Berbangkit
            3.7 Hari Kantin
            3.8 Hal-hal lain

4.         Oleh itu, kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes