Wednesday 13 March 2013

Pendaftaran Tahun 1


Kepada
Ibu Bapa / Penjaga berkenaan
SK Segambut, Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,


PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI KANAK-KANAK WARGANEGARA MALAYSIA  SECARA ONLINE MENGGUNAKAN SISTEM APLIKASI PENGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI KEMASUKAN TAHUN 2014 & 2015 KE SK SEGAMBUT, KUALA LUMPUR.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa  pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun 1  ke
SK Segambut, Kuala Lumpur bagi Tahun 2014 dan 2015 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:-

Tahun Kelahiran
Sesi Persekolahan
Tarikh Pendaftaran
Di Sekolah
Masa Pendaftaran
( Waktu Pejabat )
02.01.2007
hingga 01.01.2008
2014
Sesi Pertama : 01.03.2013 hingga 30.04.2013
Sesi Kedua : 02.05.2013 hingga 30.10.2013
8.00 pagi – 4.00 petang
( Isnin – Jumaat )
02.01.2008 hingga 01.01.2009

2015
Berterusan di sekolah sehingga 30.04.2014

8.00 pagi -  4.00 petang
( Isnin – Jumaat )

3.         Dokumen yang perlu dibawa oleh ibubapa/penjaga ketika membuat permohonan adalah:-
            3.1. Sijil Kelahiran asal dan salinan / Salinan Surat Pengangkatan Anak
3.2. Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik/air/telefon/cukai pintu/cukai tanah)           
       yang terkini – 1 salinan
3.3. Kad Pengenalan ibu dan bapa / penjaga – 1 salinan
3.4. Slip Gaji terkini – 1 salinan
3.5. Satu sampul surat warna putih bertingkap (saiz 11.5cm x 24.5cm) dan     
       bersetem RM0.80


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes