Thursday 13 August 2015

Jom Serta!!! Pertandingan VLE FROG SK Segambut 2015


PERTANDINGAN MEMBINA SITE PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN DASHBOARD UNTUK WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT  2015
Sukacita dimaklumkan bahawa PIHAK SEKOLAH DAN AHLI-AHLI PENGURUS FROG akan menganjurkan satu Pertandingan Membina SITE Modul Pengajaran dan Pembelajaran dan DASHBOARD. Pertandingan ini terbuka kepada warga Sekolah Kebangsaan Segambut berdasarkan kepada ketetapan berikut; 

             Tempoh pertandingan : 1 OGOS hingga 18 SEPTEMBER 2015. 
             Tarikh tutup pertandingan  : 18 SEPTEMBER 2015 
             Kategori :   
1. Guru  (Individu) - Pertandingan Membina Modul PdP menggunakan SITE VLE Frog 
2.1      Semua guru layak menyertai pertandingan ini.
2.2      Guru-guru boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan walaupun mata                 pelajaran yang sama.
2. Murid (individu) Pertandingan Menghias DASHBOARD peribadi dalam vleFrog. 
1.1      30 murid yang mencapai kekerapan LOG IN yang tertinggi layak mengambil                bahagian dalam pertandingan ini.
1.2      Penglibatan semua murid adalah digalakkan. 

Tujuan :
    Melahirkan guru dan murid yang kreatif dalam menghasilkan bahan ICT.
    Meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT. 
    Mengalakkan penggunaan vle-Frog dalam PdP.


Hadiah-hadiah menarik menanti para peserta;
Hadiah (Setiap kategori);
Juara            :              Sijil Penyertaan & Hadiah
Naib Juara   :              Sijil Penyertaan & Hadiah
Tempat ke-tiga:          Sijil Penyertaan & Hadiah

Tempat ke-empat hingga Tempat ke-sepuluh : Sijil Penyertaan

Syarat pertandingan
    Kategori guru
o  Peserta perlu mencapai kekerapan LOG IN vleFrog sekurang-kurangnya 5 KALI SEMINGGU sepanjang tempoh pertandingan.  
o Peserta boleh membina SITE PdP yang baru atau membuat penambahanbaikan SITE PdP sedia ada.
o   Setiap peserta boleh mempertandingkan lebih daripada 1 site dan semua SITE yang dipertandingkan berpeluang jadi pemenang. (contoh: Sekiranya seorang guru mempunyai 3 SITE yang paling popular, semua SITE tersebut boleh diumumkan sebagai pemenang).
  
    Kategori murid
o    30 murid yang mencapai kekerapan         LOG IN vleFrog yang tertinggi layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
o  Peserta perlu mencapai kekerapan LOG IN vleFrog sekurang-kurangnya 5 KALI SEMINGGU dalam sepanjang tempoh pertandingan sekurang-kurangnya 5 minit sekali.
                       o      Peserta perlu menghias DASHBOARD peribadi dengan kreatif, cantik dan berinfomasi.

Format Pertandingan

    Katergori guru
o     Guru perlu menghasilkan SITE yang baru untuk dipertandingkan.
o     Guru perlu mempromosikan SITE sendiri kepada murid-murid untuk memenangi pertandingan ini.

    Kategori murid
o     Murid perlu menghias DASHBOARD peribadi dengan kreatif, cantik dan berinformasi.

3 pemenang akan dipilih daripada setiap kategori yang dipertandingkan.




 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes