Kaunseling

ANDA SEDANG MENCARI ARAH TUJU ?

TEMUILAH GURU BIMBINGAN ANDA: 

     
    PN.NORNAZURA BINTI HESMON

REHATKAN FIKIRAN ANDA DENGAN BERKONGSI MASALAH, PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN


SAYA MENYEDIAKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN UNTUK MEMBANTU ANDA …

  1. RASA SUNYI DAN TIADA KAWAN
  2. RASA TERTEKAN DENGAN MASALAH KENDIRI, DISIPLIN , MASALAH DI DALAM KELAS , KELUARGA DAN  PERGAULAN DENGAN RAKAN
  3. TARGET CEMERLANG UPSR
  4. MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
  5. PEMILIHAN KERJAYA BERDASARKAN  CITA-CITA
  6. KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS NOTA DAN  TEKNIK MENJAWAB SOALAN
  7. PENGURUSAN MASA
  8. PEMBANGUNAN KENDIRI DAN KEPIMPINAN



DAN BANYAK LAGI !!!!!!!!!!!!


APAKAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING ?



Ianya merupakan perkhidmatan yang membantu anda mencapai kesejahteraan dalam kehidupan. Melalui, perkhidmatan ini, anda akan lebih memahami kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Seterusnya membantu diri anda berkembang secara positif

OBJEKTIF KAUNSELING

  1. Membantu murid mengenali diri sendiri supaya berkembang ke arah positif.
  2. Memberi peluang kepada murid-murid memperkembangkan potensi diri.
  3. Menolong memberikan pandangan di dalam menyelesaikan masalah kendiri murid-murid.
  4. Membimbing murid menyelesaikan masalah secara rasional dan membuat keputusan dengan bijak.
  5. Menanam dan memupuk nilai mulia di dalam jiwa murid-murid.
ANDA TANYA, SAYA JAWAB.


1. Adakah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu saya ?

Jawapan : Ya

2. Adakah Guru bimbingan saya boleh dipercayai?

Jawapan : Ya , kerana kami menekankan konsep kerahsiaan.

3. Adakah saya akan dihukum atau didenda selepas mendedahkan perasaan dan masalah saya kepada g.bimbingan ?

Jawapan : Tidak. Prinsip seorang  g.bimbingan ialah membantu semua kliennya dan menerima klien dengan seadanya.

4. Adakah rahsia saya akan dibocorkan atau didedahkan kepada orang lain ?

Jawapan : Tiada . Semua maklumat yang dibincangkan adalah RAHSIA.
BAGAIMANA G.BIMBINGAN
BOLEH MEMBANTU ANDA?

1. Meluangkan masa untuk mendengar masalah anda .


2. Anda dapat meluahkan pandangan secara bebas.

3. Mengambil berat dan menghargai diri anda sebagai individu yang unik.

4. Menerima anda dengan seadanya.

5. Membantu membawa diri anda ke arah kejayaan dalam akademik, pembangunan kendiri dan kepimpinan.

6. Merancang secara bersama tindakan yang boleh di ambil.

7. Membimbing dalam cita-cita dan kerjaya masa hadapan.

8. Jika anda datang ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling tidak bermakna anda seorang PELAJAR YANG BERMASALAH.
MURID-MURID SEKALIAN JANGAN FIKIR BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING HANYA UNTUK MEREKA YANG BERMASALAH SAHAJA.

Jadikan G.Bimbingan dan Guru sebagai sahabat anda 




 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes