PIBG

Tujuan-tujuan PIBG SK Segambut
(a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
(b) Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
(c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
(d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam Sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
(e) Untuk membolehkan ibu bapa dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan 
kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi PIBG SK Segambut
(a) Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
(b) Menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
(c) Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
(d) Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Keanggotaan PIBG SK Segambut
(a) Semua guru di Sekolah;
(b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah ; dan
(c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar; mengikut mana yang berkenaan ; dan
(d) Guru besar menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Segambut 22 Orang
Penasihat
Encik Ahmad Suhaimi bin Hussin
Yang Dipertua
Tuan Haji Zaini bin Rashid
Naib Yang Dipertua
Encik Jumaat bin Amit
Setiausaha
Puan Rosnani Salleh
N.Setiausaha
Encik Aremantay anak Yaji
Bandahari
Puan NorAsmaruzie binti Mohd. Zain
N.Bendahari
Puan Rozita binti Abdul Kadir
AJK Ibubapa
1. En Saiful Aiman
2. En Noor Hissam bin Mohamad
3. En Azizi bin Ahmad
4. En Mohd.Zaki bin Yakob
5. En Mohd. Nor Taharuddin
6. En Sulaiman Ali bin Hamid
7. En Mohd.Azizan bin Othman
8. En Shamsul Ikram bin Samsudin
9. Pn Haslinda binti Kamarudin
10. Pn Nik Faridah binti Nik Omar
AJK Guru
1. En Mohd Nazri bin Yusoff
2. En Mohammad Zaidee bin Aripin
3. En Muhd.Faizal bin Saad
4. Cik Low Hoon Ee
5. Pn Ezreen binti Zulkifli
6. Pn Salwani binti Hashim

(a) Yang Di-Pertua
(i) menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.
(ii) mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
(iii) bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.
(iv) sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di Pertua.
(v) boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru besar.
(vi) menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
(vii) memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
(viii) mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar selaku Penasihat Persatuan.

(b) Naib Yang Di-Pertua
(i) bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua.
(ii) menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

(c) Setiausaha
(i) menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
(ii) melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat jawatankuasa PIBG.
(iii) mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
(iv) menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
(v) menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod Persatuan.
(vi) menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya atau Pegawai Pelajaran Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan.
(vii) menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

(d) Bendahari
(i) bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira bagi setiap tahun kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.
(ii) menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
(iii) menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan pada sesuatu masa.
(iv) menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.
(v) menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
(vi) memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.

Lain-lain Jawatan

20. Penasihat Persatuan

(a) Guru Besar Sk Segambut adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar adalah seperti berikut:
(i) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;
(ii) mewakili pihak Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan pendidikan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah;
(iii) berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota persatuan;
(iv) meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;
(v) memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam semua mesyuarat persatuan;
(vi) memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;
(vii) memastikan sumbangan persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan
(viii) menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

(b) Juru Audit Dalaman
(i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota persatuan yang tidak menjadi angggota Jawatankuasa PIBG pada Mesyuarat Agung Tahunan.
(ii) Tanggungjawab Juru Audit Dalaman adalah seperti berikut:-
(a) mengaudit akaun persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
(b) menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Tempat Mesyuarat (Jika berlainan dari alamat berdaftar)

Lain-Lain Makluman Yang Boleh Di Gunakan
- Pengurusan Maklumat Sekolah - digunakan untuk menyimpan maklumat asas serta aktiviti sekolah untuk dipaparkan di dalam portal untuk makluman umum
- Pengurusan Maklumat Jawatankuasa PIBG - digunakan untuk menyelenggara maklumat jawatankuasa PIBG
- Pengurusan Mesyuarat PIBG - digunakan untuk menerima usul, mewujudkan mesyuarat, menyediakan panggilan mesyuarat serta menyediakan minit mesyuarat
- Pengurusan Berita PIBG - berfungsi untuk merekodkan berita yang berkaitan dengan PIBG untuk makluman ahli
- Pengurusan Aktiviti PIBG - berfungsi untuk merekod aktiviti yang berkaitan dengan PIBG untuk makluman ahli
- Pengurusan Arkib PIBG - membolehkan perkongsian dokumen, fail atau gambar yang berkaitan dengan PIBG untuk makluman ahli
- Pengurusan Kewangan PIBG - berfungsi untuk merekod segala urusan kewangan PIBG serta mengeluarkan laporan-laporan kewangan yang berkaitan
- Pengurusan Aduan / Pendapat PIBG - berfungsi untuk merekodkan aduan dan pendapat daripada ahli-ahli PIBG untuk makluman AJK PIBG dan pihak pengurusan sekolah

Tuan-tuan dan puan-puan juga boleh melayari group PIBG SK SEGAMBUT di Facebook cuma klik disini;

Group PIBG Facebook

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes