Tuesday 23 October 2012

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah

Tahniah dan syabas !!!!!!! kepada peserta perkhemahan 2012 pulau pangkor kerana memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik untuk perkhemahan kali ini..tak lupa kepada guru2 yang menjayakan perkhemahan ini.....Biarlah gambar-gambar di sini meceritakan semuanya..

Saturday 8 September 2012

Hari Kantin Sekolah 2012

Berita Gembira untuk semua..Hari Kantin Sekolah SK Segambut kembali lagi..Pelbagai aktiviti menarik yang bakal dijalankan dan pelbagai Hadiah juga boleh dimenangi..Marilah datang beramai-ramai untuk memeriahkan Hari Kantin sekolah kita..

Hari Kantin
Tarikh : 30 September 2012 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 3.00 Petang
Tempat : Perkarangan Sekolah SK Segambut.

Semua adalah dijemput Hadir..








Friday 7 September 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012


Perkhemahan Unit Beruniform 2012



Tempat : Ceria Bogak Beach Resort, Pulau Pangkor.
Tarikh : 12 hingga 14 Oktober 2012




Terbuka kepada pelajar tahun 4,5,dan 6 tahun 2012

Bayaran penyertaan hanya RM70 sahaja.
Tempat adalah terhad.
Siapa cepat dia dapat!..

 Dibawah adalah gambar tempat Perkhemahan Unit Beruniform 2012
Ceria Bogak Beach Resort






Saturday 1 September 2012

Perbincangan / Mesyuarat Sambutan 100 tahun SK Segambut

Salam sejahtera kepada semua tuan-tuan dan puan-puan..
Adalah dengan ini pihak sekolah ingin memaklumkan dan menjemput para ketua/wakil batch-batch Alumni SK Segambut, ketua/wakil Old boys SK Segambut, wakil masjid dan ketua-ketua Komuniti dikawasan Segambut untuk hadir bersama membincangkan berkenaan sambutan ke-100 tahun 
SK Segambut  seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 22 September 2012 ( Sabtu )
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Segambut

Kehadiran tuan/puan adalah amat penting dalam menjayakan program kita ini. Dengan itu pihak sekolah amatlah menghargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang pihak tuan/puan berikan.


Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti

Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat Bercuti kepada semua warga SK Segambut, Guru-guru, Staf-staf, murid-murid, PIBG, komuniti Segambut, Alumni dan semua rakan-rakan seperjuangan. Semoga Hari Raya ini membawa keberkatan kepada kita semua.


Kepada yang suka main mercun.. 
TOLONG SELAMATKAN DIRI ANDA daripada kecelakaan MAIN MERCUN.. 
JANGAN MAIN MERCUN!!..


Kepada yang balik Kampung pada Hari Raya ini..
Sila berhati-hati dijalan raya kerana kita mampu mengubahnya dan ingatlah orang tersayang..




Wednesday 8 August 2012

Mesyuarat AJK PIBG SK Segambut


MESYUARAT AJK PIBG KALI  KE-2 SESI 2011/2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat PIBG kali kedua sesi 2011/2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                        : 11 Ogos 2012 ( Sabtu )
Masa                          : 10.00 Pagi
Tempat                      : Bilik Gerakan

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
            3.1 Ucapan YDP
            3.2 Ucapan Penasihat
            3.3 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu
            3.4 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.5 Laporan Kewangan
            3.6 Pekara Berbangkit
            3.7 Hari Kantin
            3.8 Hal-hal lain

4.         Oleh itu, kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sunday 29 July 2012

Kursus Dalaman EDUWEBTV & Prezi

Kursus dalaman berkenaan EDUWEBTV dan Prezi ini telah dijalankan pada Isnin 23 Julai 2012 yang mana melibatkan semua guru SK Segambut. Kursus ini adalah berkenaan Pengenalan Asas kepada EDUWEBTV dan penggunaan perisian pembentangan Prezi. Ini adalah bagi tujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru-guru SK Segambut dalam ICT.















English Fun Day


Program English Fun Day

Program English Fun Day ini telah dijalankan pada bulan 14 Julai lepas. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti Punctuation Kung Fu, Pictionary, Dice, Treasure hunt, Charade dan banyak lagi. Program ini dijalankan adalah untuk menarik dan menanam minat murid-murid SK Segambut dalam matapelajaran English. Aktiviti ini melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5. Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada yang terlibat.















Saturday 21 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak


Kepada Semua warga SK Segambut diucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa.

Friday 13 July 2012

Program 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia

Pada 10 Julai 2012 telah dijalankan Program 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia dimana semua sekolah diseluruh negara telah menjalankan aktiviti senam aerobik 1Malaysia..gambar-gambar dibawah sebanyak sedikit menceritakan apa yang dijalankan pada hari tersebut..



























 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes