Serambi


PROFIL SEK. KEB. SEGAMBUT (WBA 0022)


FALSAFAH SEKOLAH
Memberikan pendidikan yang berterusan dan menyeluruh di samping menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid bagi melahirkan insane yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi & fizikal. Usaha memupuk ilmu dan nilai-nilai mulia ini adalah bertujuan ke arah membentuk seseorang yang bertanggungjawab kepada agama,,diri, keluarga, sekolah, masyarakat & Negara.

       VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

       MISI SEKOLAH

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"



SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH :

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1913.Guru Besar pertama ialah Tn. Hj. Md Sidin B. Md. Rasul, beliau telah bertugas hingga tahun 1925 dan Pn. Teo Mei Choo adalah Guru Besar pada tahun 2018
                 Sekolah ini telah berusia 106 tahun (maklumat sehingga  tahun 2018) & pada asalnya hanya terdapat sebuah  bangunan kayu dan kini telah dinaik taraf sejajar kemajuan Negara diganti dengan  3 buah blok bangunan sebagai tempat pendidikan murid termasuk Pra-sekolah, sebuah surau , sebuah kantin , padang sekolah & gelanggang badminton/takraw.
Sekolah ini dahulu dikelilingi oleh ladang getah & tanah lombong, tetapi kini telah berubah kepada penempatan perumahan & kawasan perindustrian kecil & sederhana.

INFO SEKOLAH TAHUN 2018 :

· Bil. Guru & Staf Sokongan : 41 orang
· Bil. Murid : 447 orang
· Bil. Bilik Darjah : 15 buah
· Sesi : Pagi


















 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes