Tuesday 21 June 2016

Surat Siaran Sumbangan Ikhlas Untuk Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Hajat Serta Khatam Al Quran Tahun 1437 /2016 M

Surah Al-Mujaadalah
 
Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)

Berikut adalah diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan
bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan
kepada kita semua untuk rajin bersedekah.

Hadis-1
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan
orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak
merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-2
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari
kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari
kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi
datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)


Hari Terbuka Sekolah Pertengahan Tahun 2016

 Seperti pada surat siaran Hari Terbuka sekolah Akan diadakan seperti ketetapan dibawah; 



Semua Ibu, Bapa dan penjaga adalah digalakan datang untuk mengetahui keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun anak anda serta untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak anda si sekolah
Sekian, Terima Kasih.

Wednesday 25 May 2016

Pelancaran Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform

Unit beruniform akan mengadakan perhimpunan bulanan bermula dengan Unit Beruniform Pengakap pada mulan Mei dan di ikuti oleh unit beruniform yang lain. Ini adalah suasana sekitar Pelancaran Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform.

Tarikh :  25 Mei 2016 (Rabu)
Tempat : Tapak Perhimpuan Sekolah















 

Wednesday 4 May 2016

Pengunaan Sync di Sekolah

Salam Sejahtera semua warga Segambut,
Pihak Sekolah mengfgunakan Sync sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah. Ibu bapa, guru-guru serta pelajar disarankan untuk memuat turun Aplikasi 'Sync School Messaging' agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak kami.

Sila klik link berikut untuk download.

Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah SKS

Minta tolong share info di atas dengan ibu bapa dan cikgu-cikgu lain.
Sekian, Terima Kasih.





Saturday 30 April 2016

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Guru Praktikum

Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Guru Praktikum Bahasa Inggeris yang telah menyumbangkan tenaga dan ilmu kepada murid-murid SK Segambut. Tahniah dan Terima Kasih.









Majlis Penyampaian Hadiah Cergas Ria 2016

Majlis penyampaian hadiah sempena Cergas Ria yang telah dijalankanpada minggu lepas yang disampaikan oleh Guru Besar SK Segambut Puan Hajah Mahani Binti Ibrahim. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan Program Cergas Ria 2016.








 

Saturday 23 April 2016

Kem Bestari Solat Kali Pertama 2016

Program Kem Bestari Solat
Sekolah Kebangsaaan Segambut  

23 April 2016
Sabtu

Ya Allah ya Tuhan kami,
berilah anak didik kami cahaya, ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima, selalu mendekat ke kebaikan dan menjauh dari kejahatan serta jadikan mereka hamba-hambaMu yang paling mulia di sisi-Mu. 












Friday 22 April 2016

Cergas Ria Tahap 1 2016

Suasana sekitar program Cergas Ria Tahap 1 2016 
Sekolah Kebangsaan Segambut

22 April 2016
Jumaat














 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes