Thursday, 13 August 2015

Jom Serta!!! Pertandingan VLE FROG SK Segambut 2015


PERTANDINGAN MEMBINA SITE PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN DASHBOARD UNTUK WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT  2015
Sukacita dimaklumkan bahawa PIHAK SEKOLAH DAN AHLI-AHLI PENGURUS FROG akan menganjurkan satu Pertandingan Membina SITE Modul Pengajaran dan Pembelajaran dan DASHBOARD. Pertandingan ini terbuka kepada warga Sekolah Kebangsaan Segambut berdasarkan kepada ketetapan berikut; 

➢             Tempoh pertandingan : 1 OGOS hingga 18 SEPTEMBER 2015. 
➢             Tarikh tutup pertandingan  : 18 SEPTEMBER 2015 
➢             Kategori :   
1. Guru  (Individu) - Pertandingan Membina Modul PdP menggunakan SITE VLE Frog 
2.1      Semua guru layak menyertai pertandingan ini.
2.2      Guru-guru boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan walaupun mata                 pelajaran yang sama.
2. Murid (individu) - Pertandingan Menghias DASHBOARD peribadi dalam vleFrog. 
1.1      30 murid yang mencapai kekerapan LOG IN yang tertinggi layak mengambil                bahagian dalam pertandingan ini.
1.2      Penglibatan semua murid adalah digalakkan. 

Tujuan :
➢    Melahirkan guru dan murid yang kreatif dalam menghasilkan bahan ICT.
➢    Meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT. 
➢    Mengalakkan penggunaan vle-Frog dalam PdP.


Hadiah-hadiah menarik menanti para peserta;
Hadiah (Setiap kategori);
Juara            :              Sijil Penyertaan & Hadiah
Naib Juara   :              Sijil Penyertaan & Hadiah
Tempat ke-tiga:          Sijil Penyertaan & Hadiah

Tempat ke-empat hingga Tempat ke-sepuluh : Sijil Penyertaan

Syarat pertandingan
●    Kategori guru
o  Peserta perlu mencapai kekerapan LOG IN vleFrog sekurang-kurangnya 5 KALI SEMINGGU sepanjang tempoh pertandingan.  
o Peserta boleh membina SITE PdP yang baru atau membuat penambahanbaikan SITE PdP sedia ada.
o   Setiap peserta boleh mempertandingkan lebih daripada 1 site dan semua SITE yang dipertandingkan berpeluang jadi pemenang. (contoh: Sekiranya seorang guru mempunyai 3 SITE yang paling popular, semua SITE tersebut boleh diumumkan sebagai pemenang).
  
●    Kategori murid
o    30 murid yang mencapai kekerapan         LOG IN vleFrog yang tertinggi layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
o  Peserta perlu mencapai kekerapan LOG IN vleFrog sekurang-kurangnya 5 KALI SEMINGGU dalam sepanjang tempoh pertandingan sekurang-kurangnya 5 minit sekali.
                       o      Peserta perlu menghias DASHBOARD peribadi dengan kreatif, cantik dan berinfomasi.

Format Pertandingan

●    Katergori guru
o     Guru perlu menghasilkan SITE yang baru untuk dipertandingkan.
o     Guru perlu mempromosikan SITE sendiri kepada murid-murid untuk memenangi pertandingan ini.

●    Kategori murid
o     Murid perlu menghias DASHBOARD peribadi dengan kreatif, cantik dan berinformasi.

3 pemenang akan dipilih daripada setiap kategori yang dipertandingkan.




 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes