Wednesday, 25 May 2016

Pelancaran Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform

Unit beruniform akan mengadakan perhimpunan bulanan bermula dengan Unit Beruniform Pengakap pada mulan Mei dan di ikuti oleh unit beruniform yang lain. Ini adalah suasana sekitar Pelancaran Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform.

Tarikh :  25 Mei 2016 (Rabu)
Tempat : Tapak Perhimpuan Sekolah















 

Wednesday, 4 May 2016

Pengunaan Sync di Sekolah

Salam Sejahtera semua warga Segambut,
Pihak Sekolah mengfgunakan Sync sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah. Ibu bapa, guru-guru serta pelajar disarankan untuk memuat turun Aplikasi 'Sync School Messaging' agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak kami.

Sila klik link berikut untuk download.

Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah SKS

Minta tolong share info di atas dengan ibu bapa dan cikgu-cikgu lain.
Sekian, Terima Kasih.





Saturday, 30 April 2016

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Guru Praktikum

Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Guru Praktikum Bahasa Inggeris yang telah menyumbangkan tenaga dan ilmu kepada murid-murid SK Segambut. Tahniah dan Terima Kasih.









Majlis Penyampaian Hadiah Cergas Ria 2016

Majlis penyampaian hadiah sempena Cergas Ria yang telah dijalankanpada minggu lepas yang disampaikan oleh Guru Besar SK Segambut Puan Hajah Mahani Binti Ibrahim. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan Program Cergas Ria 2016.








 

Saturday, 23 April 2016

Kem Bestari Solat Kali Pertama 2016

Program Kem Bestari Solat
Sekolah Kebangsaaan Segambut  

23 April 2016
Sabtu

Ya Allah ya Tuhan kami,
berilah anak didik kami cahaya, ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima, selalu mendekat ke kebaikan dan menjauh dari kejahatan serta jadikan mereka hamba-hambaMu yang paling mulia di sisi-Mu. 












Friday, 22 April 2016

Cergas Ria Tahap 1 2016

Suasana sekitar program Cergas Ria Tahap 1 2016 
Sekolah Kebangsaan Segambut

22 April 2016
Jumaat














Thursday, 13 August 2015

Jom Serta!!! Pertandingan VLE FROG SK Segambut 2015


PERTANDINGAN MEMBINA SITE PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN DASHBOARD UNTUK WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT  2015
Sukacita dimaklumkan bahawa PIHAK SEKOLAH DAN AHLI-AHLI PENGURUS FROG akan menganjurkan satu Pertandingan Membina SITE Modul Pengajaran dan Pembelajaran dan DASHBOARD. Pertandingan ini terbuka kepada warga Sekolah Kebangsaan Segambut berdasarkan kepada ketetapan berikut; 

➢             Tempoh pertandingan : 1 OGOS hingga 18 SEPTEMBER 2015. 
➢             Tarikh tutup pertandingan  : 18 SEPTEMBER 2015 
➢             Kategori :   
1. Guru  (Individu) - Pertandingan Membina Modul PdP menggunakan SITE VLE Frog 
2.1      Semua guru layak menyertai pertandingan ini.
2.2      Guru-guru boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan walaupun mata                 pelajaran yang sama.
2. Murid (individu) - Pertandingan Menghias DASHBOARD peribadi dalam vleFrog. 
1.1      30 murid yang mencapai kekerapan LOG IN yang tertinggi layak mengambil                bahagian dalam pertandingan ini.
1.2      Penglibatan semua murid adalah digalakkan. 

Tujuan :
➢    Melahirkan guru dan murid yang kreatif dalam menghasilkan bahan ICT.
➢    Meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT. 
➢    Mengalakkan penggunaan vle-Frog dalam PdP.


Hadiah-hadiah menarik menanti para peserta;
Hadiah (Setiap kategori);
Juara            :              Sijil Penyertaan & Hadiah
Naib Juara   :              Sijil Penyertaan & Hadiah
Tempat ke-tiga:          Sijil Penyertaan & Hadiah

Tempat ke-empat hingga Tempat ke-sepuluh : Sijil Penyertaan

Syarat pertandingan
●    Kategori guru
o  Peserta perlu mencapai kekerapan LOG IN vleFrog sekurang-kurangnya 5 KALI SEMINGGU sepanjang tempoh pertandingan.  
o Peserta boleh membina SITE PdP yang baru atau membuat penambahanbaikan SITE PdP sedia ada.
o   Setiap peserta boleh mempertandingkan lebih daripada 1 site dan semua SITE yang dipertandingkan berpeluang jadi pemenang. (contoh: Sekiranya seorang guru mempunyai 3 SITE yang paling popular, semua SITE tersebut boleh diumumkan sebagai pemenang).
  
●    Kategori murid
o    30 murid yang mencapai kekerapan         LOG IN vleFrog yang tertinggi layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
o  Peserta perlu mencapai kekerapan LOG IN vleFrog sekurang-kurangnya 5 KALI SEMINGGU dalam sepanjang tempoh pertandingan sekurang-kurangnya 5 minit sekali.
                       o      Peserta perlu menghias DASHBOARD peribadi dengan kreatif, cantik dan berinfomasi.

Format Pertandingan

●    Katergori guru
o     Guru perlu menghasilkan SITE yang baru untuk dipertandingkan.
o     Guru perlu mempromosikan SITE sendiri kepada murid-murid untuk memenangi pertandingan ini.

●    Kategori murid
o     Murid perlu menghias DASHBOARD peribadi dengan kreatif, cantik dan berinformasi.

3 pemenang akan dipilih daripada setiap kategori yang dipertandingkan.




Tuesday, 9 September 2014

Pertandingan Membina Site VLE Frog Dan Power Point

Salam Semua..Perhatian kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan membina Site VLE FROG dan Power point TERTUTUP kepada murid dan Guru SK Segambut sahaja.



Thursday, 8 May 2014

Hari Kantin Sekolah dan Majlis Makan " 101 Malam " Sekolah Kebangsaan Segambut


Jom datang beramai-ramai..semua dijemput untuk memeriahkan Hari Kantin Sekolah 2014

Tarikh : 24 Mei 2014
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Sek. Keb. Segambut

pelbagai aktivti dan permainan akan diadakan seperti Rumah Hantu, Permainan kecil, Cabutan tiket bertuah, Jualan Gerai Makanan, dan banyak lagi..


Sebelah malam pula ada Majlis Makan "101 Malam" Sekolah Kebangsaan Segambut

Makan Malam 101 SK Segambut
Tempat  : SK Segambut KL
Tarikh    : 24 Mei 2014
Masa      : 7 Malam
Konsep   : Arabian Night Buffet
Tema     : “Seratus Satu Malam”
Tiket     : RM 50.00 Dewasa

              RM 25.00 Kanak-Kanak

Bagi yang berminat menyertai / menghadiri "Majlis Makan Malam 101 Tahun SKS" boleh membuat pembayaran ke 

Akaun MAYBANK PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT 
bernombor = 564566301076 

atau 

Akaun Bank Muamalat bernombor = 14040001622711..

selepas itu Tuan/puan hantar salinan slip pembayaran ke email sekolah bagi tujuan rujukan pihak sekolah di sksegambut2011@gmail.com

Hubungi pihak sekolah untuk keterangan lanjut
03-62580832

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes