Friday, 17 March 2017

Latihan Dalaman Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 (Guru-Guru)

Salam Sejahtera dan Salam Sentul sentiasa Unggul warga Segambut,
Pada hari Rabu (15 Mac 2017) yang lepas pihak sekolah telah menjemput En.Tiong dari SIC+ PPD Sentul untuk memberikan latihan dalaman kepada guru-guru SK Segambut berkenaan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21.



























Program Keyakinan Diri Minggu 13 - 17 Mac 2017

Salam Sejahtera Warga SK Segambut. Hari Selasa dan Rabu lepas sekolah telah mengadakan Program Keyakinan Diri di bawah Program MBM MBI yang akan diadakan setiap minggu. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri murid-murid disamping Program Memperkasakan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris.





Program Keyakinan Diri
Anjuran 
Unit HEM 
Panitia Sains
Tajuk : Sistem Pencernaan (Lagu)
Guru Pembimbing : En.Zulkifli Bin Mahmad
Murid : Kelas 4 Ibnu Sina



Program Keyakinan Diri
Anjuran 
Unit HEM 
Panitia Bahasa Inggeris
Tajuk : The Sound of Music
Guru Pembimbing : Pn.Jamilah
Murid : Kelas 5 Ibnu Sina

Sunday, 12 March 2017

High Immersive Programme (HIP)

Sesi taklimat dan mengisi borang soal selidik (Self Assesment tool form for parents) bagi program High Immersive Programme (HIP) yang bertujuan mendedahkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih meluas di sekolah. Program ini juga memerlukan penglibatan menyeluruh kepada semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan komuniti dalam pelaksanaan aktiviti bahasa inggeris di sekolah.





Sumbangan Buku-Buku Latihan Dan Rujukan

SK Segambut telah menerima sumbangan buku-buku latihan dan rujukan bagi kegunaan dan kemudahan murid-murid SK Segambut dalam pembelajaran. Jutaan Terima Kasih kepada GPMS Wilayah Persekutuan atas sumbangan ini. Sumbangan ini dibawah Program Kembara TN50 Peringkat Parlimen Segambut. Jutaan Terima kasih juga di ucapkan kepada PIBG Sekolah SK Segambut atas usaha untuk dapatkan sumbangan ini.







Kredit kepada kumpulan Mama Sado SK Segambut kerana meluangkan masa untuk mengikat dan mengasingkan buku-buku mengikut tahun.



Program Hari Anti Aedes & Denggi Sk Segambut

Salam Sejahtera warga Sk Segambut. Jumaat lepas SK Segambut telah mngadakan Hari Anti Aedes & Denggi peringkat sekolah yang mana program ini adalah bagi mendedahkan dan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahayanya Aedes dan Denggi. Program ini adalah Anjuran Unit HEM SK Segambut dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.




















 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes