Wednesday, 6 February 2013

Mesyuarat Agung PIBG


Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid
Semua Guru
SK Segambut, Kuala Lumpur

Tuan / Puan,

NOTIS MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK SEGAMBUT, KUALA LUMPUR KALI KE 38, 2013-2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38, 2013-2014 akan diadakan seperti berikut:-
                        Tarikh             :           23 hb. Februari 2013 (Sabtu)
                        Masa               :           9.30 pagi
(sarapan disediakan)
                        Tempat            :           Dewan SK Segambut
                        Perasmi           :           En. Ahmad Suhaimi b. Hussin
( GB SK Segambut Merangkap Penasihat PIBG )

3.         Agenda mesyuarat:-

            3.1       Ucapan YDP PIBG – Tn. Hj. Zaini b. Rashid
            3.2       Mengesahkan minit Mesyuarat Agong kali ke 37, 2012-2013
            3.3       Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan 2012-2013
            3.4       Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir
pada 31 hb. Disember. 2012
            3.5       Membubarkan AJK sesi 2011-2013 dan Melantik AJK sesi 2013-2015
            3.6       Membahaskan Usul-Usul
            3.7       Ucapan Penangguhan

4.         Untuk peringatan tuan/puan, sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agong hendaklah dihantar kepada Setiausaha PIBG selewat-lewatnya pada 18hb Februari 201(Isnin). Sila gunakan Borang Pernyataan Usul yang dikepilkan bersama-sama 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes