Khamis lepas promosi kelas robotik telah diadakan di SK Segambut oleh World Of Robotik. Kelas Robotik akan diadakan di SK Segambut sekiranya ada lebih daripada 10 orang murid. Kelas ini akan diadakan setiap hari Khamis.
...
Rabu, 22.Februari.2017, Program Pertanian Bandar telah dilaksanakan di Sk Segambut anjuran Unit KO-Kurikulum dengan kerjasama Jabatan Pertanian Putrajaya. Dalam program ini murid-murid dari kelab Alam Sekitar dan Kitar Semula serta Kelab Usahawan Muda diberi pendedahan awal berkenaan pertanian bandar yang mana tidak memerlukan kawasan tanah yang besar untuk bercucuk tanam.
Sekalung Penghargaan kepada
JABATAN PERTANIAN PUTRAJAYA...
Salam Sejahtera Warga SK Segambut. Hari Selasa lepas sekolah telah mengadakan Program Keyakinan Diri di bawah Program MBM MBI yang akan diadakan setiap minggu. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri murid-murid disamping Program Memperkasakan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris.
Kredit kepada
Program Keyakinan Diri
Anjuran
Unit HEM
Panitia Bahasa Inggeris
Kelas 3 Al-Farabi...