Tuesday, 2 April 2013

Perayaan Sambutan 100 Tahun Sek.Keb Segambut



MAKLUMAN!!..

Kepada semua yang berminat untuk membeli meja serta yang ingin memberi sumbangan ikhlas, boleh dapatkan borang di SK Segambut dan hubungi pihak sekolah seperti nombor tertera di atas.

Selain Majlis Makan Malam, Program Sambutan 100 Tahun SK Segambut ini juga berlangsung selama 2 Malam 1 Hari dan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti Doa Kesyukuran, Ceramah Motivasi untuk ibubapa, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pertandingan Bola Sepak, Permainan Dalam, Gerai-gerai Jualan dan kemuncaknya adalah Majlis Makan Malam Aprisiasi.

Untuk sebarang Sumbangan, Pembayaran dan Tempahan boleh dibuat atas nama
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT
564566301076
MAYBANK.

‎"Aliran Harta Umpama air yang mengalir. Selagi Air mengalir, selagi itulah ia bersih dan jernih. Jika ia bertakung, maka ia akan kotor dan berkeladak"

Berzakat dan Bersedekah lah untuk kita menyucikan harta kita yang dipinjamkan Allah ini.

Wednesday, 13 March 2013

Pendaftaran Tahun 1


Kepada
Ibu Bapa / Penjaga berkenaan
SK Segambut, Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,


PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI KANAK-KANAK WARGANEGARA MALAYSIA  SECARA ONLINE MENGGUNAKAN SISTEM APLIKASI PENGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI KEMASUKAN TAHUN 2014 & 2015 KE SK SEGAMBUT, KUALA LUMPUR.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa  pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun 1  ke
SK Segambut, Kuala Lumpur bagi Tahun 2014 dan 2015 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:-

Tahun Kelahiran
Sesi Persekolahan
Tarikh Pendaftaran
Di Sekolah
Masa Pendaftaran
( Waktu Pejabat )
02.01.2007
hingga 01.01.2008
2014
Sesi Pertama : 01.03.2013 hingga 30.04.2013
Sesi Kedua : 02.05.2013 hingga 30.10.2013
8.00 pagi – 4.00 petang
( Isnin – Jumaat )
02.01.2008 hingga 01.01.2009

2015
Berterusan di sekolah sehingga 30.04.2014

8.00 pagi -  4.00 petang
( Isnin – Jumaat )

3.         Dokumen yang perlu dibawa oleh ibubapa/penjaga ketika membuat permohonan adalah:-
            3.1. Sijil Kelahiran asal dan salinan / Salinan Surat Pengangkatan Anak
3.2. Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik/air/telefon/cukai pintu/cukai tanah)           
       yang terkini – 1 salinan
3.3. Kad Pengenalan ibu dan bapa / penjaga – 1 salinan
3.4. Slip Gaji terkini – 1 salinan
3.5. Satu sampul surat warna putih bertingkap (saiz 11.5cm x 24.5cm) dan     
       bersetem RM0.80


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

Wednesday, 6 February 2013

Mesyuarat AJK PIBG kali Ketiga sesi 2011-2013


Tuan/puan,

MESYUARAT AJK PIBG KALI  KE-3 SESI 2011/2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat PIBG kali ketiga sesi 2011/2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                        : 16 Febuari 2013 ( Sabtu )
Masa                          : 9.00 Pagi
Tempat                      : Bilik Gerakan Sek.Keb Segambut

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
            3.1 Ucapan YDP
            3.2 Ucapan Penasihat
            3.3 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu
            3.4 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.5 Laporan Kewangan
            3.6 Pekara Berbangkit
            3.7 Hal-hal lain

4.         Oleh itu, kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(AREMANTAY ANAK YAJI)
Setiausaha,
PIBG SK Segambut, KL.

Mesyuarat Agung PIBG


Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid
Semua Guru
SK Segambut, Kuala Lumpur

Tuan / Puan,

NOTIS MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK SEGAMBUT, KUALA LUMPUR KALI KE 38, 2013-2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38, 2013-2014 akan diadakan seperti berikut:-
                        Tarikh             :           23 hb. Februari 2013 (Sabtu)
                        Masa               :           9.30 pagi
(sarapan disediakan)
                        Tempat            :           Dewan SK Segambut
                        Perasmi           :           En. Ahmad Suhaimi b. Hussin
( GB SK Segambut Merangkap Penasihat PIBG )

3.         Agenda mesyuarat:-

            3.1       Ucapan YDP PIBG – Tn. Hj. Zaini b. Rashid
            3.2       Mengesahkan minit Mesyuarat Agong kali ke 37, 2012-2013
            3.3       Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan 2012-2013
            3.4       Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir
pada 31 hb. Disember. 2012
            3.5       Membubarkan AJK sesi 2011-2013 dan Melantik AJK sesi 2013-2015
            3.6       Membahaskan Usul-Usul
            3.7       Ucapan Penangguhan

4.         Untuk peringatan tuan/puan, sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agong hendaklah dihantar kepada Setiausaha PIBG selewat-lewatnya pada 18hb Februari 201(Isnin). Sila gunakan Borang Pernyataan Usul yang dikepilkan bersama-sama 

Tuesday, 5 February 2013

Perayaan Sambutan 100 Tahun Sekolah


Tuesday, 29 January 2013

Pindaan Tarikh Perayaan 100 Tahun SK Segambut


MAKLUMAN PENTING
Mengikut persetujuan semua Ahli Jawatankuasa Induk pada 26.Jan lepas,
Sambutan 100 tahun yg dijadualkan pd 23 & 24 Mac 2013 
di pinda ke 24 & 25 Mei 2013
Harap Maklum dan segala kesulitan adalah amat dikesali dan pihak Ahli Jawatankuasa Induk mohon Maaf.

Monday, 14 January 2013

PPSMI



PPMSI: 'We are going to go backwards'

Cyberjaya (Jan 14): Tun Dr Mahathir Mohamad is set to reignite the debate on the teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) when he said the government had made a mistake in reversing the policy.

The former prime minister said the government must not politicise the education system or risk pushing the country backwards.

“I hope the government will change their view but for the moment it is for political reasons... I am proud that I am Malay but I can’t learn this in Malay. I have told the government but they seem to say that we can learn these things in Malay.

“Well, I am going to say that we are going to go backwards,” he said during a discussion on Cyberjaya’s current and future development at The Lodge here.

Mahathir said English is very important in ensuring that the country does not fall behind in the ever-changing world of science and technology.

“I am a great Malay language nationalist but I felt that Science and Mathematics must be taught in English simply because this is a field which changes very rapidly and frequently. What is scientific law today may be debunked through some other research tomorrow.

“If you are not aware then you cannot keep up with knowledge that is coming towards us. We cannot be aware if we don’t master these subjects in English because the papers coming to us are 90% in English,” he said.

Mahathir introduced PPSMI before stepping down in 2003 but the policy was scrapped by deputy prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and the teaching of both subjects were reverted back to Bahasa Malaysia last year.

In the Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 published last year, Malaysia experienced the biggest drop in scores for every component in both subjects between 1999 and 2011.

According to the TIMSS report – which is a four-year global assessment – Malaysia's average score for Mathematics fell 79 points from 519 in 1999 to 440 in 2011.

By comparison, the next worst country Thailand posted an average score decrease of 40 points for Mathematics.

Malaysia's average score for Science meanwhile dropped 66 points from 492 in 1999 to 426 in 2011.

This decrease is higher than the next worst country, Macedonia whose average score for science fell 51 points.

Malaysia's ranking in Mathematics fell six places to 26th spot in 2011 from 20th place in 2007 while the average Mathematics score decreased to 440 in 2011 from 474 in 2007.

For Science, Malaysia's ranking fell to 32nd place in 2011 from 21st spot in 2007 while average scores fell to 426 in 2011 from 471 in 2007.

The TIMSS study was conducted in 1999, 2003, 2007 and 2011 and compared the average performances of Malaysia's Form Two students with their 8th grade peers.

A total of 5,733 students from 180 Malaysian schools participated in the TIMSS survey.

Countries like Singapore, Taiwan and South Korea topped the TIMSS rankings of science and mathematics achievement.

Malaysia dropped six spots from being ranked 20th in 2007 to 26th last year, and fell 11 spots for Science from 21st in 2007 to 32nd last year.

MAJLIS MAKAN MALAM APRISIASI SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN PENUBUHAN SK SEGAMBUT 1913 - 2013


Kepada semua yang berminat untuk membeli meja serta yang ingin memberi sumbangan ikhlas, boleh dapatkan borang di SK Segambut dan hubungi pihak sekolah seperti nombor tertera di atas.

Selain Majlis Makan Malam ini, Program Sambutan 100 Tahun SK Segambut ini juga berlangsung selama 2 Malam 1 Hari dan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti Doa Kesyukuran, Ceramah Motivasi untuk ibubapa, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pertandingan Bola Sepak, Permainan Dalam, Gerai-gerai Jualan dan kemuncaknya adalah Majlis Makan Malam Aprisiasi.

‎"Aliran Harta Umpama air yang mengalir. Selagi Air mengalir, selagi itulah ia bersih dan jernih. Jika ia bertakung, maka ia akan kotor dan berkeladak"

Berzakat dan Bersedekah lah untuk kita menyucikan harta kita yang dipinjamkan Allah ini.

Tuesday, 23 October 2012

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah

Tahniah dan syabas !!!!!!! kepada peserta perkhemahan 2012 pulau pangkor kerana memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik untuk perkhemahan kali ini..tak lupa kepada guru2 yang menjayakan perkhemahan ini.....Biarlah gambar-gambar di sini meceritakan semuanya..

Saturday, 8 September 2012

Hari Kantin Sekolah 2012

Berita Gembira untuk semua..Hari Kantin Sekolah SK Segambut kembali lagi..Pelbagai aktiviti menarik yang bakal dijalankan dan pelbagai Hadiah juga boleh dimenangi..Marilah datang beramai-ramai untuk memeriahkan Hari Kantin sekolah kita..

Hari Kantin
Tarikh : 30 September 2012 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 3.00 Petang
Tempat : Perkarangan Sekolah SK Segambut.

Semua adalah dijemput Hadir..








Friday, 7 September 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012


Perkhemahan Unit Beruniform 2012



Tempat : Ceria Bogak Beach Resort, Pulau Pangkor.
Tarikh : 12 hingga 14 Oktober 2012




Terbuka kepada pelajar tahun 4,5,dan 6 tahun 2012

Bayaran penyertaan hanya RM70 sahaja.
Tempat adalah terhad.
Siapa cepat dia dapat!..

 Dibawah adalah gambar tempat Perkhemahan Unit Beruniform 2012
Ceria Bogak Beach Resort






Saturday, 1 September 2012

Perbincangan / Mesyuarat Sambutan 100 tahun SK Segambut

Salam sejahtera kepada semua tuan-tuan dan puan-puan..
Adalah dengan ini pihak sekolah ingin memaklumkan dan menjemput para ketua/wakil batch-batch Alumni SK Segambut, ketua/wakil Old boys SK Segambut, wakil masjid dan ketua-ketua Komuniti dikawasan Segambut untuk hadir bersama membincangkan berkenaan sambutan ke-100 tahun 
SK Segambut  seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 22 September 2012 ( Sabtu )
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Segambut

Kehadiran tuan/puan adalah amat penting dalam menjayakan program kita ini. Dengan itu pihak sekolah amatlah menghargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang pihak tuan/puan berikan.


Thursday, 16 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti

Pihak Sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat Bercuti kepada semua warga SK Segambut, Guru-guru, Staf-staf, murid-murid, PIBG, komuniti Segambut, Alumni dan semua rakan-rakan seperjuangan. Semoga Hari Raya ini membawa keberkatan kepada kita semua.


Kepada yang suka main mercun.. 
TOLONG SELAMATKAN DIRI ANDA daripada kecelakaan MAIN MERCUN.. 
JANGAN MAIN MERCUN!!..


Kepada yang balik Kampung pada Hari Raya ini..
Sila berhati-hati dijalan raya kerana kita mampu mengubahnya dan ingatlah orang tersayang..




Wednesday, 8 August 2012

Mesyuarat AJK PIBG SK Segambut


MESYUARAT AJK PIBG KALI  KE-2 SESI 2011/2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat PIBG kali kedua sesi 2011/2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                        : 11 Ogos 2012 ( Sabtu )
Masa                          : 10.00 Pagi
Tempat                      : Bilik Gerakan

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
            3.1 Ucapan YDP
            3.2 Ucapan Penasihat
            3.3 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu
            3.4 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3.5 Laporan Kewangan
            3.6 Pekara Berbangkit
            3.7 Hari Kantin
            3.8 Hal-hal lain

4.         Oleh itu, kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sunday, 29 July 2012

Kursus Dalaman EDUWEBTV & Prezi

Kursus dalaman berkenaan EDUWEBTV dan Prezi ini telah dijalankan pada Isnin 23 Julai 2012 yang mana melibatkan semua guru SK Segambut. Kursus ini adalah berkenaan Pengenalan Asas kepada EDUWEBTV dan penggunaan perisian pembentangan Prezi. Ini adalah bagi tujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru-guru SK Segambut dalam ICT.















English Fun Day


Program English Fun Day

Program English Fun Day ini telah dijalankan pada bulan 14 Julai lepas. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti Punctuation Kung Fu, Pictionary, Dice, Treasure hunt, Charade dan banyak lagi. Program ini dijalankan adalah untuk menarik dan menanam minat murid-murid SK Segambut dalam matapelajaran English. Aktiviti ini melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5. Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada yang terlibat.















Saturday, 21 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak


Kepada Semua warga SK Segambut diucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa.

Friday, 13 July 2012

Program 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia

Pada 10 Julai 2012 telah dijalankan Program 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia dimana semua sekolah diseluruh negara telah menjalankan aktiviti senam aerobik 1Malaysia..gambar-gambar dibawah sebanyak sedikit menceritakan apa yang dijalankan pada hari tersebut..



























 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes